S E R U N A I

Baru-baru ini diadakan majlis pengiktirafan Penapis Air Panaxy Filtration yang  telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Majlis itu turut diadakan bagi meraikan usaha Panaxy Group M Sdn Bhd dalam mengembangkan kesedaran pentingnya penapis air untuk industri makanan dan minuman (F&B).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Panaxy Group M Sdn Bhd, SK Ho, pengiktirafan itu penting bagi melonjakkan lagi jaringan perniagaan jenama Panaxy Filtration di pentas global, setelah produk penapis air itu mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bulan November 2023.

Katanya, disebabkan keyakinan pemain industri di dalam dan di luar negara terutama di China dan Asia Tenggara yang mahukan pensijilan dari Malaysia terbukti mendapat penerimaan meluas. 

Sebelum ini Panaxy Fitration telah mendapat pensijilan halal dari luar negara  iaitu dari negara India. 

Penggunaan air yang mematuhi piawaian halal semakin mendapat perhatian ketika ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna Islam tetapi pemain industri seperti pengendali, pengusaha makanan dan restoran yang menjalankan perniagaan F&B berstatus halal agar berjaya dan bersedia dalam permohonan pensijilan ketika audit dalaman halal.

“Bayangkan jika satu hari seorang pengguna biasa di rumah menggunakan 2 liter air untuk satu jam, untuk sebuah pengendali F&B pula beratus liter, satu bulan beratus-ratus liter dan dalam satu tahun beratus ribu liter air digunakan. Jadi, pastikan pengendali dan pengusaha F&B memilih untuk buat yang betul untuk pengguna” kata SK Ho dalam Forum Kepentingan Penapis Air Halal, yang mahu industri F&B memandang isu penapisan air tidak halal ini secara serius.

Beliau juga berkata pihaknya akan memberikan pengetahuan ilmu dan sokongan industri kepada mereka yang berminat dalam pemasangan penapis air di premis kilang, dapur, industri farmaseutikal, restoran, cafe mahupun hospital. 

Proses permohonan Sijil Permohonan Halal Malaysia Panaxy Filtration  dibantu oleh perunding pensijilan Halal Malaysia, Serunai Halal Centre of Excellence, dan persediaan serta persiapan mengambil masa 5 bulan.

Mohd Fakarudin bin Masod, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM ketika ditanya dalam forum terbabit,  pihaknya ketika membuat audit untuk pengesahan pensijilan untuk premis kedai-kedai kopi yang semakin popular di kalangan pengguna ketika ini, pegawai JAKIM seringkali menasihati agar penapisan air haruslah mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu penapis air halal. 

Mohd Fakarudin memberitahu ketika ditanya tentang kesedaran penapis air di masa ini dalam forum terbabit. 

Katanya, jika penapis air atau  yang digunakan oleh syarikat F&B itu, tidak mengikuti kriteria yang ditetapkan JAKIM, maka proses permohonan pensijilan halal itu akan ditolak. 

Professor Madya Dr Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Timbalan Pengarah, Institut Fatwa dan Halal turut memberitahu dalam forum itu, paparan di ruang berita melalui Harian Metro pada tahun 2020 itu, telah meningkatkan kesedaran pengguna yang mahukan air yang diminum selamat, halal dan bersih dari sumber haram.

Dalam kajiannya, mendedahkan  ada penapis air menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air. Kebanyakan bahan penapis air di Malaysia terutama yang diimport terutama dari China dan Taiwan, mempunyai kebarangkalian tinggi untuk tulang diambil daripada sumber haram atau syubhah dalam penapis air. 

Kebanyakan tulang haiwan dalam industri penapis air diperoleh dari sumber haram atau diragui status halalnya.

Sumber: https://kinihalal.com/article/halal-news/penapis-air-panaxy-dapat-sijil-pengesahan-halal-malaysia-sphm?id=701#penapis-air-panaxy-dapat-sijil-pengesahan-halal-malaysia-(sphm

Leave a Comment